PENGENALAN
Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.
Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:
Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.
Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).
Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.
http://www.usm.my/km/24-06/KMART11.pdf
Usrati
13 tahun yang lalu
5 ulasan:
Pada pendapat saya penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat wajar dan bersesuaian dengan peredaran zaman. Malahan proses pengajaran juga dapat dikendalikan dengan mudah dan hasil pembelajaran adalah lebih mantap dan agak menarik dan tidak membosankan.Para guru juga dapat mempelbagaikan hasil pengajaran dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar.
Salam...pada pendapat sayala..setiap guru itu harus mempunyai kesedaran dan ada perasaan tanggungjawab pada tugasannya.mereka tidak seharusnya memberi alasan tidak mampu untuk menggunakan komputer dalam p&p mereka.Setiap guru haruslah mempunyai kemahiran untuk mempelbagaikan pengajaran mereka,dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dapat menjadikan pengajaran itu menjadi lebih menarik dan dapat menjadikannya sebagai salah satu peneguhan yang positif dalam proses p&p mereka.
Assalamualaikum! pada pendangan saya, pihak pengurusan sekolah amnya dan pihak yik khasnya perlu sedar dengan faedah penggunaan komputer semasa P&P. mereka sepatutnya menyediakan prasarana yang baik dan kelengkapan yang cukup bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah ini. Sememangnya peggunaan komputer amat penting terutama dalam subjek sains. Di mana pelajar boleh memahami lebih mendalam lagi berdasarkan paparan gambar yang sebenar berkenaan dengan tajuk-tajuk yang susah. contohnya struktur jantung. Pelajar pun akan lebih tertarik dengan melihat grafik atau gambarajah yang cantik. Ini akan membuatkan proses P&P akan lebih berkesan
tp bagaimana jika sek atau guru tidak mmpu utk menyediakan kemudahan tersebut di sekolah
Salam....
Sememangnya komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran dan pengajaran, tetapi jika guru tidak dapat mengaplikasikan penggunaanya, maka penggunaan komputer menjadi satu bebanan kepada guru.
Catat Ulasan